Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, January 30, 2014

Kakak tak sihat..batuk, demam, selsema dan tonsilnya bengkak...kesian anak ibu... ;-(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mintak ampun dan maaf semua, lama plak tinggalkan blog this week. Kakak xsihat sebenarnya..so EL la aku pada Isnin lepas. Kebetulan Selasa, memang aku apply cuti..so sambunglah…semalam plak terpaksa pergi Kay El ada meeting…hmm..gitulah senah…kehidupan…muahah! Tetiba kan…

Meh kita citer tentang kakak nak…actually last week, kakak memang demam, pergi klinik, abis ubat semua..demam pun baik, tapi batuk masih ada.

Pagi Ahad tu since kami berdua, kakak dengan aku pun kuarlah dating..biasalah, itulah aktiviti bila Incik Daus xada..dah besar dah, bolehlah jadi kawan ibunya bershopping bagai kan..hihhi..

Mulanya kami ke Sec 18 kejap, jumpa Aunty Nisa..then otw balik, singgah Tesco sekejap, beli barang. Lepas tu tiba-tiba si kakak,

“Bu..Bu janji nak minum sama ngan kakak…”

“Ok..kita nak baliklah ni..nanti kita minum ya..”

“Tak nak, nak minum kat mamak..”

Ermmm…amboilah anak…sapa ngajor melepak mengeteh kat Mamak ni…upsss..ibu ngan bapaknya jugaklah ya…ahaks!


Inilah hidangan kami...kakak minum soya dengan maggi goreng kosong dia..ya, kosong ya...aku dengan ape tu...vadai ke ape ntah..hahah...


Ha..nampak tak microphone di atas ini? Inilah yang di pow ibunya time kat Tesco tadi...masukkan bateri, ada minus one lagi..beli kat My New.com kat Tesco tu..silalah asah bakat wahai anakku...ahaks!


 Sudah-sudahlah nyanyi ya..jom kita makan meh..dah petang ni...punyalah bercinta nak tunggu kakak makan okayy...mehla borak2 sambil makan-makan..kata girls day out...errr..ibu pun kategori girls ke..kih..kih..kih


Hmmm..dah keletihan..masuk aje keta...zzzzzzzzzzzz.....

Then Ahad malam tu, tiba-tiba kakak tersedak waktu tidur, batuk-batuk..naaahhh..ambik kauuu..muntah! Sikit punya banyak muntahnya..abis toto semua…jenuh aku jadik bibik jap..waktu tengah lap-lap kakak di dapur, then muntah lagi..abis lantai dapur mak aku..Allahuakbar…cuci lagi…

Then aku pun ajak kakak masuk bilik..tidur dalam bilik, tadinya tertidur kat luar, aku belumlah lagi angkat dukung masuk bilik. Kakak pun tertidur semula, elok 15 minit lepas tu, kakak terjaga, muntah lagi..hmmm..sekian..abis tilam aku..jenuhlah nak cuci, tilam dahlah berat…Incik Daus tak ada ya, dia ke Kuantan, macam biasa, keja luar kawasan..eii, susah betul nak ada dlm kawasan kan…merayap aje kejanya…hahah!

So, bila dah kali keempat muntah, maka aku mulalah dengan semangat panic ku itu..so duhai anak, mohle kita ke sepital..kakak mcm biasa, rileks aje, lepas muntah pun mcm xada apa yang jadik..

Sabor jelah…nak tengok betapa rileksnya budak kecik ni..ermmm...


 

Ini waktu kat Emergency ya..aku bawak ke Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh..tengoklah..dalam dok muntah-muntah, batuk-batuk teruk tu..muka dah pucat, masih lagi melalak nak bawak juga microphone dia tu..sabor ajelah..anak aku ni aku rasa macam bapaknya juga..kalau dapat mainan atau barang baru, memang keterujaan tu akan makan masa berhari-hari jugaklah... ;-)

Mulanya doktor pun ingat kakak hanya muntah disebabkan batuk..rupa-rupanya kakak muntah tak berhenti tu berpunca dari tonsilnya dah membengkak, di sebelah kanan..dan sudah mula dijangkiti kuman. Bila check suhu badan pun dah dekat nak 39..so demam la kaedahnya…errmmm..maka jadinya, tersadailah kejap kat ward tu…

Tapi itulah kakak..kalau demam pun macam tak demam..sakit pun macam tak sakit…so begitulah kisah kami weekend yang lalu…huhuhu…



Wednesday, January 22, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands: Nikmati Steamboat best dan murah di Hotel Titiwangsa, Brinchang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ampun ya kawan-kawan, hari ini baru sempat kembali menyambung kisah percutian yang tergendala, biasalah kan aku ni..ampun maaf dipinta ya.. ;p

Ok, malam pertama kami di sini..jomlah kita pi pekena steamboat..hujan rintik-rintik malam ni, memang sejuklah. So kena makan sup panas-panas, baru syok layannnn…

Di Cameron Highlands ni, memang banyak tempat steamboat. Tapi untuk kali ni kami memilih restoran di Hotel Titiwangsa ni..dan ianya Halal. Lokasi hotel ini betul-betul di tepi jalan di Pekan Brinchang tu…Insya-Allah, tak mudah terlepas pandang.

Tempat steamboat ni adalah di basement hotel ini tau. Kalau kat lobi dia tu, ada café biasa dan juga bakery macam tu.

Ini restorannya, biasa sahaja, taklah fancy sangat pun...



Ini antara jenis-jenis dan bahan-bahan steamboatnya..oklah..banyak jugak..jenuh berpeluh dahi nak habiskan..hihihi...kita sampai, duduk aje, bagi tau berapa orang, then diaorang akan hidangkan dalam pinggan silver tu, banyak portion dia

Harga dia, bagi dewasa satu orang RM 20 (kuah sup) kalau nak kuah tom yam RM 23.

Bagi kanak-kanak, harganya RM 15.

Pada aku dengan kadar harga macam ni, berbaloilah...memang kenyang..dan kami memilih sup supaya kakak boleh joint the forum of this makan-makan..yeayyy!

Marilah jamu mata ya anda semua...




Cuma sayur-sayur memang fresh dan mewah..macam-macam ada..dia ada dua meja panjang cam gini..untuk buffet sayuran..sayur aje buffet ya kengkawan...  ;-)

Selain sayuran, dia ada jugak diletakkan bihun dan mee sebagai line up di buffet ini..air, chinese tea ya..




Dah kenapa anak Ibu ni, garang sangat mukanya tu...cer contohi ibu..ceria Superstar aje kan..muahahah!


'Kolam Renang' kami...sedia untuk diterjuni...waaaahhhh!!! caption apakah ini? hahahah!


Incik Daus yang sudah tak sabar-sabar...ermmm...Incik Daus ni steamboat ni memang paberet dia sangat-sangat...suka gile...

So kesukaan ini telah diturunkan secara genetik kepada anak dara kesayangan..tak caya? Cer lah tengok gambar-gambar di bawah ni haaaa...



Siap bersuap-suap haaaaaa...ya, makan Bapak makan...



Baiklah....enough update for today...nanti kita sambung lagi ya....