Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, April 9, 2014

Jom tangani stress dengan cara terbaik.... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni huh! Stress sungguh kat pejabat…macam-macam hal perangai manusia.. bila kita difitnah, memang terasa sakit sangat. Macam mana kita nak buat tak tahu pun, kadang terkesan juga dihati. Rasa macam..ish..ish..bagai ditusuk sembilulah… *AYAT TAHAP KEMAIN NIH…HIHIHI..*
Jadi apa yang aku buat…turun bawah, pi beli frozen cheese cake ni…sedap yang amat, keju melimpah, ditaburi coklat yang enak..ngan lemak2 biskut marie kat bawah dia…wow! Nikmat! Alhamdulillah, nikmat menikmati makanan seenak ini…Alhamdulillah…



Frozen cheesecake yang mantap ni boleh didapati di kedai mini mart kat bangunan PTTC, Meru Raya, Jelapang tu....wallahh!!1 Lemak krim keju tu bergabung ngan lemak biskut marie yang lembut..coklat tabur cam gini..memang heaven u alls! ;-) 

Dan akhirnya, lepas makan sesuap demi sesuap.. *SAMBIL MENGENANGKAN KALORI BERLEBIHAN YANG MASUK..HAHAHAH!*

Yang pastinya…

STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
Aku bukan ustazah ya..tapi aku rasa memamg inilah yang sebaiknya kita lakukan bila hati tak tenang..bila kita diuji…

Paling penting…. DOA

 Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

ZIKIR

 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
Alhamdulillah…

Sesungguhnya Allah itu maha adil, balik rumah, Allah anugerahkan PENAWAR STRESS paling mujarab…iaitu…

Taaaaarrrrraaaaaa...........









Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. 

Tuesday, April 8, 2014

Weeehuuu.. Kisah Hujung Minggu Kami..Carbonara dan Keropok Lekor Ganu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

U allsss!

Ya Allah, rindunya pada blog ini..lama sangat dah tak sempat nak update apa-apa...sangat-sangat sibuk. Banyak benda nak kena langsaikan. Sabtu Ahad pula, banyak masa dihabiskan di kedai. Ya, tentang business kuih-muih frozen kami itu, pun aku tak sempat nak update.

So ini meh aku curi masa sikit, di petang hari...bercerita kisah hujung minggu kami yang lalu..

Lunch itu, kami lunch western sikit..bukan main si kakak, tak mau makan nasi...nak spagethi kaedahnya. So spiral ini aje yang ada di rumah..maka taraaaa...


Simple aje....ditambah sosej dengan tomato untuk vitamin C secara semulajadi..hihihihi....

Petang Ahad tu pulak, hujan lebat..hmmmm...rezeki ada keropok lekor pemberian Nisa, adik office...Terengganu mari ni...sedap, banyak ikan..mewahlah isi ikan...pekena dengan teh O panas...


Selain makan-makan, bawa juga kakak pergi tempah baju..itu nanti ya kawan-kawan, akan aku usaha update entry itu ya..doakan kejayaan aku ya...

Tatatititutu....!!!