Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, October 2, 2013

Erny vs Incik Daus = Birthday Fairy Tale

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

5 tahun dah usia perkahwinan kami…

Alhamdulillah..

Meh aku nak share sikit..sikit ajelah yer..bebanyak kang, bahaya plak… (perasan macam ramai norrrr yg stalker kisah hidup aku..muahahah…kasik kibas selendang ke belakang skit…hehehhe)

Dulu kan time mule-mule kahwin, aku selalu stress bile dekat dgn burfday sendiri ni..sebabnya dalam hati berbunga-bunga mengharapkan yang Incik Suami tampil dengan kejutan-kejutan yang marbeles…tetapi malangnya, aku berkahwin bukan dengan Mat Jiwang atau Mat Romantik…uhuk!
Incik Daus ni kalau bagi kawan2 yang kenal dia dari dulu, sangatlah pak lawak orangnya..tapi bukan main tibia aje lawak tak menentu. In other side of him, dia jugak sangat reserve orangnya. Lambatlah kalau nak tengok die leh sembang ramah dengan orang. Slow motion skit..lainlah bini dia ini..kalau berborak tak sahih dengan intonasi dan gerak tubuh skali…heheheh..

Jadinya bile kawin, aura rileks die tu menyampailah ke sambutan birthday atau anniversary..tiap kali tiba tarikh penting ni aku sure akan merajuk-rajuk bagai.. (yer..sedikit emotional di situ..ahaks!) Sebab pada aku, and I think to lots of other women out there, the remembrance that so important to us. Tak semestinya bagi hadiah diamond beratus ribu, memadailah dengan ingatan. Bawak g makan pun dah okay dah..Macam Incik Daus bukan dia tak ingat, dia ingat kesemua tarikh2 penting hidup kami tu. Tapi pegangan die plak, ucapan dan kehadiran dia disisi, itu lebih bermakna..errr…macam contoh tiap kali birthday dia, aku selalu saja tanya dia nak apa sebagai hadiah and he always replied me “Abang tak nak apa-apa, doakan abg selalu dah cukup…” yer… *bagi kengkawan lama Incik Daus, jika terbaca, sila jangan gelak2 ya…this man had totally changed okay…kata kawin dengan ex-pengawas sekolah..haruslah jadik baik…muahahah*

So this is so vice versa of me, being typical women or shall I said, being typical Erny! Sbab dari kecik-kecik pun arwah abah dah biasakan kami dengan kejutan-kejutan bila birthday dan kami pun biasa buat kejutan untuk hari bapa, hari ibu dan sebagainya. Jadi kebiasaan itu dah menjadi ibarat satu kemestian pulak kepada aku sendiri.

By the way, lama kelamaan, Incik Daus belajar untuk menjadi lebih memahami…lebih sensitive..Cuma satulah yang aku bersyukur sangat2, sebab Incik Daus ni senang dibawa berkomunikasi, kalau ada hal yang kami tak puas hati, kami akan praktikkan untuk bercakap. Tetapi bezanya aku jenis yang suka memendam tapi Incik Daus plak suka berterus-terang. Contoh, kalau aku merajuk sebab dia tak bagi hadiah harijadi, dia mcam tak faham kenapa aku merajuk dan aku pula takkanlah nak kata aku merajuk sebab tak dapat hadiah harijadi..muahahah (jatuhlah imej aku sebagai perempuan macho lagi brutal…heheheh) But in anyhow, that is the beauty of marriage..bak kata kawan aku dulu..”Perkahwinan adalah untuk saling lengkap-melengkapi”.

Tapi nak tergelak jugak, sebab bile Incik Daus belajar plak cara-cara nak buat surprise event kat wife die ni..selalunya mesti kantoi. Aku pun tak taulah kenapa my six sense ni, kuat sangat….hehehe..selalu buat die macam alaaaa…dah tau ke..dan aku plak bile dah tertau, tak pandai plak nak buat-buat terperanjat…hahaha! Siap gelak2 lagi..adeyyy..jenuhhh..cian Incik Daus…

Macam insiden surprise gift tahun ni….

Di suatu pagi…

Lokasi: Ipoh Garden (tengah tunggu supplier aku hantar barang, aku nak attend event..barang tempah lambat, jadik ambik pun ngam2 je hari nak event, siap kena tunggu tepi jalan…hehehe)

Aida supplier aku pun sampailah dengan kotak-kotaknya. Aku macam biaselah, kan kalut..so cepat-cepat keluar..dan soh Incik Daus bukak bonet keta (Incik Daus bawak keta dia, nak hantar aku g pejabat..sebab ari Sabtu, so dia bawak kakak sekali)..

Aku: (Dalam hati: Eh, kenapa tak bukak lagi bonet ni..kotak besar ni..ingat keringat pompuan hebat sangat ke nak memegang kotak besar ni lama-lama)

Incik Daus dari dalam kereta aku tengok masih teragak-agak nak bukak bonet kereta. Aku pun ketuk-ketukla sikit bonetnya..)

Lambat plak..

Bonet pun dibukak. Wifenye yang serba kasar ni pun teruslah bukak bonet.Sekali aku nampak kain tuala mcm menutup sesuatu..tapi aku dengan muka termalu-malu ngan supplier aku (yelah, kenapa tuala direntang macam itu..i is malu okay...)

Lepas tu aku pun dengan rakusnya terus menarik tuala itu..aku tergamam..sebab ternampak paper bag itu..hehehe...knowing Incik Daus, die bukan orang yang akan shopping 'item' sebegitu..segala pencuci muka, shaver cream ke..perfume ke..aku ni la haaaa....aku gaklah yang makesure die bawak toiletries bag dia setiap kali dia travelling...

So aku buat muka selamba. Muka Incik Daus yang baru keluar keta nak tolong angkat kotak lain, memang aku rasa kalau ditoreh pun takkan kuar darah..hehehe...

Dalam kereta, ikutkan hati memang nak usik terus..tapi issshhh...tak baik plak...member siap dah konon plan nak buat kejutan..hahaha...kesian Incik Daus..kejutan die slalu tak berjaya...mesti ade je yang buat kantoi...

Dan pada malam Ahad lepas (29.09.13), Incik Daus pun ngan tersengeh-sengeh malu kuarkanlah hadiah yang dibeli..







Aku memang nak tergelak golek2..memanglah kami dua orang ni bukan stok jiwang tahap gaban..bile nak romantik skit, gelak2..hahaha...

Walaubagaimanapun, aku hargai apa yang Incik Daus lakukan...dia bukanlah lelaki hebat yang menghafal setiap jenama atau mengikuti perkembangan trend social elite terkini..jangan ditanya die tentang Gucci ke Armani...hahahah! Yang die tau, Police,  Suunto...Columbia Sportswear..dan jenama-jenama lasak yang lain..itu dia tahulah...aku plak yang tak tahu..macam..errr, ini jenama apa ni..hahaha! Dan kalau tetibe terasa bile kuar shopping tu teringin sangat nakkan sesuatu..baiklah terus-terang aje, jangan nak mengada-ngada konon kata, "Eh, takpelah..." Sebab dia jenis yang akan, ok, takpe,takpelah..takdenye nak pujuk kata, "Ambiklah...takpe..ambik.." hahaha...! Dari kecik ati sendiri, aku belajar untuk kata, "Ya, memang nak..tolong belikan..." hehehe...Incik Daus lebih selesa macam tu sebab dia memang tak tahu apa barangan perempuan dan tak tahu apa yang in trend. 


 Itulah perbezaan yang sebenarnya kalau difikirkan, menjadi satu WARNA dalam perhubungan... 


To him: Your understanding and patience are highly appreciated even I am not always said it out loud. One thing for sure, when you were in love, you were capable of learning everything and of knowing things you had never dared even to think, because love was the key to understanding all of the mysteries.Thank you so much for everything!





Tuesday, October 1, 2013

Jom Terokai Perak: Pagi yang damai di Kuala Sepetang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ok, marilah mari kengkawan, kita sambung kisah penerokaan kami di negeri Perak Darul Ridzuan ini... (bunyi macam bukan dilahirkan dan dibesarkan di Perak saja gayanya...heheheh). Have to admit that, dulu memang tak pernah tahu yang Perak ni banyak jugaklah tempat menariknya. Yang aku tahu, balik umah kat Ipoh ni, duduklah melepak kat umah. Kalau jenjalan pun setakat Jusco Kinta City...hahahah!

Ok, ok..hentikan melalut wahai diriku sendiri..mari kita sambung ini story. Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kuala Sepetang berjalan lancar. Walaupun cuaca kelihatan mendung tapi tak hujan. Just nicelah, dingin gitu. Kami sampai di Jeti Kuala Sepetang sekitar jam 11 pagi.



Inilah dia ‘Keluarga En. Khairul….’ Hehehhehe…
.


Kenapa 'Keluarga En. Khairul'?? Tak, aku tak salah..belum hilang ingatan lagi pun..tau yang nama bapak aku En. Hashim...hihihihi...En. Khairul ni, tu haaaa..yang berbaju jaket biru tu..yang t-shirt dalamnya warna putih belang-belang tu..itulah ketua rombongan yang aku cakap kat entry 1: Sarapan Pagi di Taiping aku yang terbabas tu..haaaa...dielah tu..ahaks!

Kami ambik pakej seorang RM 10 sahaja..pakej basic sahaja yang merangkumi tour ke perkampungan nelayan di sini, eagle feeding dan bird watching. Nak ambik pakej ni mesti minimum 10 pax..kire satu bot ngam-ngamlah.


Subhanallah, pagi yang damai..cuaca yang dingin..pemandangan menghijau dengan keindahan semulajadi. Melihat kehidupan masyarakat di sini, buat aku rasa tenang. Rasa hilang stress seminggu tu…




Kita layan gambar-gambar kami yang sangat ala-ala tourist ini ya…sampaikan terlupa yang kami tak pakai life jacket. Bila dah balik baru perasan…kami yang terlupa atau tourist guide saja nak prank kami? Perasannya pun bila aku belek-belek gambar yang diambillah...cuba tengok gambar pertama di atas..itu team sebelum kami yang naik bot...dan di bawah ni gambar-gambar kami yang naik bot...selamba sangat kan...Ermmmm….sabor ajelah…


Siap masing-masing rileks aje...macam everything was perfect....heheheh..so u alls yang lain, kalau uncle bot tu lupa ke nak bagi life jacket, silalah tanya ya..jangan ikut perangai kami yang tersangatlah selama a.k.a pelupa ini yer.... 


Siap riang-ria berposing lagi....rileks kan kami????...


Yang berbaju merah itu namanya En. Yusri, itulah tourist guide kami...

Perjalanan bot mengambil masa 45min macam tu..sebab tak boleh nak jalan jauh sangat, air tengah surut…walhal berhari-hari hujan sebelum tu.

Dekat sini ada pakej bernilai RM 15 dan RM 30 seorang jugak. Kalau pakej RM30 tu best lagilah sebab dia bawak gi trekking, pergi tengok proses tangkap kerang, pergi melawat kilang arang dan sebagainya. Mungkin next time kita extend tour kite lagi ya kengkawan…


Hari kami pergi ni alhamdulillah tak hujan, tapi cuaca dingin, tak panas sangat dan tak mendung sangat...just nice...

Then, kami pergi tengok proses buat ikan masin plak. Kedai tauke ni betul-betul di jalan masuk sebelum ke jeti Kuala Sepetang.

Sempatlah memborong ikan masin fresh….


 Sikit punya banyak ke dia punya ikan masin...


'Kakak' kecik ditemani 'Kakak' besar...kemain lagi die..sukelah tu ramai yang melayan...ohhh my kakak..


Borong Kenny, jangan tak borong...


Pulang dengan hasil 'tangkapan' masing-masing..eh, siapa yang nak pulang? Kita nak sambung lagi perjalanan kita okay..ke mana plak...tunggu ye kengkawan, entry aku yang seterusnya..heheheh...

Murah jugaklah…inilah hasil tangkapan aku kat Kuala Sepetang ni…yeayyyy!


Tunggu tau, jumpa kami di entry seterusnya...