Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Ya
betul, caption bab makan semalam itu adalah benar. Ibu bab mencari tempat makan
yang sedang viral, sangatlah pantas. Kelapa Leleh Kampor ini ditemui dari Instagram
seorang sahabat. Pantas saja DM bertanyakan lokasi…hahhaha….dan ke sinilah kita
pada petang itu…..
Waktu
kami sampai ini orang dah ramai.Kena bertabah jugalah nak mencari tempat duduk.
Lokasinya
di No.1 Gerai pertanian Jalan Iskandar Kampar, ia berhadapan dengan Masjid
An-Nur Kampar dan gerai ini juga berhampiran dengan jalan susur untuk ke Teluk
Intan.
Waktu
operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) Mereka juga selalunya tutup seketika
pada jam 7.00 p.m untuk solat Maghrib. Boleh check FB Kelapa Lelehhhh KampoR untuk waktu operasi terkini.
Mari
kita lihat menu yang ada di sini. Ini menu time kami pergi beberapa bulan
lepas. Sekarang menunya dah bertambah, ada western lambak lagi…kedainya pun dah
semakin ditambah baik.
Lempeng
kelapa yang dimakan dengan sambal ikan bilis.
Sedap sangat….memang aku suka
sangat. Macam serasi sangat rasa dia semualah. Over kan… *ok, terliur!* hahaha…
Pekena
pula dengan kopi o kaw satu…fuuhhhh!
Ok,
inilah masa yang dinantikan... menu yang sangat viral itu…Kelapa leleh….
Bayangkan
kalau makan di kala cuaca terik…syahdu kan….
Tengoklah
si kakak ni…memang model kelapa leleh betul..meleleh-leleh makannya….hilang
terus aura Tyra Banks wannabe..ahaks!
Ini
pula ais jagung…sedap..banyak jagungnya. Bagi penggemar jagung macam aku, this
is a must try!
Ini pula air Incik Daus..biasalah... 'Raja Minum Air', mana pernah order satu jenis minuman aje haaa...lai chi kang...
Untuk
kakak, kita order laksa fish cake. Memang kena sangatlah. Kakak memang suka
laksa dan fishcake. Specialnya laksa ini, dimasak guna mangkuk ini…
Oklah ya kawan-kawan sekalian..berikut disertakan segala info tentang Kelapa Lelehhhhhh Kampor, Makan sampai meleleh ini.....jangan lupa cuba okay....