Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 17, 2017

Resipi: Kuih Cara Pandan + Coklat



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ini nak share salah satu resipi dari koleksi bento kakak…Alhamdulillah, sepanjang tiga bulan bersekolah, ibu masih berupaya bangun awal pagi dan menyiapkan bekal untuk kakak bawa ke sekolah. Kakak langsung tak nak makan di kantin. Nak ibu masak juga. Maka itulah rutin saban pagi yang ibu rasa sangat teruja untuk lakukan. Kakak semakin membesar, tiba jadi sangat-sangat picky eater. Walhal masa kecil, semua pun diajar makan..dari buah-buahan sehinggalah ke sayur-sayuran. Kami dari kecil memang arwah abah dah didik, each meal, mesti ada one dish sayuran. Tak tahulah semenjak besar ini makin susah nak pujuk makan sayur. Eh, maaf ya..dah jadi ceramah makan cara sihat plak…hahahha…yang sebenarnya nak share menu Kuih Cara aje haaaa…ya, ada satu pagi tu, kegigihan hadir dalam minda si ibu kakak ni..nak membikin kuih cara…. *clap!Clap!*


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan pati pandan (hasil dari gabungan 5 helai daun pandan bersama sedikit air, dan dikisar halus. Kemudian ditapis).
2 cawan santan (aku guna jenama Kara)
3 sudu besar marjerin/mentega
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau (sedikit saja sekadar nak bagi naik warnanya)

Cara Membuatnya:

Senang yang amat sangat. Kisarkan sahaja semua bahan-bahan tadi. Kemudian, tapiskan. Selepas ditapis, barulah dimasukkan beberapa titik pewarna hijau. 

Panaskan acuannya, dan sapukan marjerin sedikit sebelum dimasukkan adunan kuih cara tersebut. Then cepat-cepat masukkan gula ke bahagian tengah kuih. 

Tutup dengan tudung periuk bagi memastikan masaknya sekata.

Tak lama nak masak, xsampai satu minit pun. Nanti bila nak keluarkan kuih cara yang dah siap dimasak, cungkilkan ikut tepi gunakan sudu ya….

TIP MY MAK: Mak pesan, acuan kuih cara ini, jangan sesekali dicuci guna sabun. Memadai dengan lap menggunakan tuala bersih. 


Bagi adunan coklat tu, aku hanya gantikan pati pandan dengan membancuh dua sudu besar serbuk koko, dua sudu besar gula dengan air suam sedikit dan selebihnya adalah susu cair (atau susu biasa).

Bahan yang lain adalah sama, dan aku gantikan gula dengan coklat cip hershey’s sebagai filling dia. 

Verdict: Kakak dan bapak memilih kuih cara versi klasik. Baikkklllaaahhh…

3 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)